Kongres keenam Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kali keenam, telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 2002. Dr Awang Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani dari Persatuan Linguistik Malaysia telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di Malaysia”.

Kesimpulan dari apa yang terkandung dari kertas kerja tersebut adalah:

  1. Di sekolah rendah kebangsaan (tahun 1-6) dan menengah rendah (Tingkatan 1-3), hanya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris.
  2. Mulai sekolah menengah atas (Tingkatan 4-6) kira-kira 47 mata pelajaran Sains/Matematik dan yang bersekutu (teknik vokasional), iaitu peringkat SPM akan diajarkan dalam bahasa Inggeris.
  3. Hanya 19 mata pelajaran peringkat SPM dijangka kekal pengajarannya dalam bahasa Melayu.
  4. Peringkat pendidikan lepasan SPM (tingkatan enam, matrikulasi, dan universiti bagi program diploma dan ijazah) akan lebih bertambah kursusnya dalam bahasa Inggeris yang dilihat dapat mencapai angka melebihi seribu kursus (1000) bagi satu universiti sahaja.
  5. Sekalipun bahasa Melayu dikatakan kekal sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di Malaysia (seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152), tetapi peranan bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad, khususnya bagi pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa.
  6. Potensi bahasa Melayu (sebagai bahasa keempat terbesar di dunia) dinafikan dan seolah-olah tidak diakui, dan kerana itu tidak akan berkembang maju sehingga bila-bila, bagi pengucapan bidang ilmu Sains dan teknologi, malah seolah-olah tidak layak untuk 842 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu VI membicarakan bidang ilmu tersebut, dan hanya layak atau terbatas bagi pengucapan bidang umum yang lain sahaja, seperti sastera dan kemasyarakatan.
  7. Peratus mata pelajaran berbahasa Melayu jelas kelihatan mengalami hakisan mulai pendidikan peringkat menengah atas (Tingkatan 4-6 dan Matrikulasi) dan seterusnya menjunam teruk ke ambang kepupusan di peringkat universiti, yang begitu jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu jelas semakin terhakis khususnya bagi pengajaran ilmu moden, sains, dan teknologi khususnya di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Keadaan ini bermula dengan (kadar peratusan pengajaran subjek dalam bahasa Melayu terus menurun dengan amat drastik dan ketara) 60% di pendidikan rendah, menjadi 62% di sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3), seterusnya merosot kepada 35% di peringkat menengah atas (Tingkatan 4-5), merosot lagi menjadi 20% bagi Tingkatan Enam dan Matrikulasi dan seterusnya menjunam lagi sehingga tinggal 9% di peringkat universiti. Manakala hal yang sebaliknya berlaku bagi penggunaan bahasa Inggeris, iaitu peningkatan secara terancang bagi mengambil kembali hak peranan bahasa Melayu (sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan di negara Malaysia) sebelum ini, sebagai bahasa pengantar bidang ilmu sains dan teknologi selama kira-kira 30 tahun. Daripada 40 penggunaan di peringkat sekolah rendah menjadi 38% bagi menengah rendah (Tingkatan1-3), meningkat dengan mendadak kepada 65% bagi menengah atas (Tingkatan 4-5 Sains), dan seterusnya meningkat lagi kepada 80% bagi peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, dan mencapai kemuncaknya, iaitu 91% penggunaan di peringkat universiti.

Ketetapan utama KBPM kali ke-6 ini ialah untuk meminta kerajaan supaya tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolahsekolah, dan pelbagai isu lagi demi mengembalikan semula martabat bahasa Melayu di negara ini.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...